Monday, May 11, 2009

Terima Kasih

Salam semua, ucapan terima kasih tak terhingga kepada A.J.K yang terlibat dalam menjayakan outing di COCOBAY Port Dickson pada 09 May hingga 10 May 09 kerana penat lelah anda dalam merialisasikan program itu walaupun tanpa imbuhan. Acara-acara yang di atur juga amat menyeronakkan. Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada kawan-kawan yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program itu. Tanpa usaha anda semua, program ini akan hanya tinggal angan-angan. Alhamdulillah semua perkara yang di rancang berjalan dengan baik sekali. Saya secara peribadi mengucapkan berbanyak terima kasih dan amat berbangga di atas usaha anda itu dan saya juga berharap dapat kita teruskan lagi program-program seumpama ini dimasa- masa akan datang. Kepada kawan-kawan yang tidak dapat menyertai program seumpama ini yang buat pertama kali di anjurkan luar daripada kawasan rumah, juga berharap dapat meluangkan sedikit masa berharga anda untuk menyertai program-program yang di anjurkan di masa-masa akan datang supaya dapat kita mengeratkan lagi siratulrahim yang telah sekian lama terjalin. Syabas sekali lagi. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa anda. Wassalam

7 comments:

SMVJ - Tok Dalang said...

Bravo..bravo..kepada AJK yg mengorbankan masa untuk gathering ni...Hebat tul...lagi satu..Tok suka tul baju tu..walaupun baju Tok di paternlan untuk WANITA...aiyokkkk

nonie said...

ala tok...jgn la kata mcm tu..anyway sedap kek gula hangus tok tu....

SMVJ - Tok Dalang said...

Ahakz..Aiman tak kisah lah...paling tidak...dapat gak wife Tok baju tu...ahakz..kek Gula Hangus Tok?..bukan tok buat..wife tok yg buat...nak order...calling je...tok buat puding je...

Anonymous said...

Salam semua...
Apa yang penting..kerjasama.
Apa yang penting..kerjasama.
Jvs..Jvs.. kami datang..
membantu anda dalam kesusahan..
kami tak besar dan kami tak kuat..
bila berkerjasama semua jadi mudah.

SMVJ - Tok Dalang said...

ahakz...pengaruh tv..kanak2 nyer plak tu....adehhhh....

elliz PPN said...

walaupun pengaruh TV tp kearah positive it's good and berkesan. dalam menjayakan apa2 juga mmg memerlukan kerjasama. tanpa kerjasama cmna nak berjaya...

nonie said...

BETUL..BETUL..BETUL..(IPIN CAKAP)
NI PUN PENGARUH KANAK2 GAK NI TOK TAPI KITE APPLY TO THE POSITIVE WAY KAN......TUL X KENGKAWAN??
APA YANG PENTING??
KERJASAMA!!!!!!!

Radio