Salam semua, ucapan terima kasih tak terhingga kepada A.J.K yang terlibat dalam menjayakan outing di
COCOBAY Port Dickson pada
09 May hingga 10 May 09 kerana penat lelah anda dalam merialisasikan program itu walaupun tanpa imbuhan. Acara-acara yang di atur juga amat menyeronakkan. Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada kawan-kawan yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program itu. Tanpa usaha anda semua, program ini akan hanya tinggal angan-angan. Alhamdulillah semua perkara yang di rancang berjalan dengan baik sekali. Saya secara peribadi mengucapkan berbanyak terima kasih dan amat berbangga di atas usaha anda itu dan saya juga berharap dapat kita teruskan lagi program-program seumpama ini dimasa- masa akan datang. Kepada kawan-kawan yang tidak dapat menyertai program seumpama ini yang buat pertama kali di anjurkan luar daripada kawasan rumah, juga berharap dapat meluangkan sedikit masa berharga anda untuk menyertai program-program yang di anjurkan di masa-masa akan datang supaya dapat kita mengeratkan lagi siratulrahim yang telah sekian lama terjalin. Syabas sekali lagi. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa anda. Wassalam