Wednesday, February 25, 2009

Nilai RM12.000

Just nak kongsi ilmu....kalau berani cuba lah. Andai kata hangpa ada rm12k..apa yang akan hang pa buat?..Meh baca apa akan Tok buat....

  1. RM12k...tok akan masuk ASB
  2. Tok pegi ke PNB Kuala Lumpur tukar ASB td dalam bentuk SIJIL
  3. Sijil Tok akan buat dalam nilai rm5k + rm5k + rm2k 
  4. Maknanya Tok dapat 3 keping sijil
  5. Lepas tu Tok bawak sijil dan photocopy ic ke RHB bank.
  6. Tok akan buat Overdraf/OD agent ASB
  7. Dah siap lebih kurang 2 minggu, tok akan dpt kad ATM dan cek book, akaun semasa.
  8. Tok akan dapati dalam akaun Tok ada rm11,400
  9. Daripada nilai tu, Tok akan bayar duit kereta n rumah selama 1 tahun
  10. Duit kereta n rumah rm1000 x 12 bulan = 12000
  11. So dalam akaun Tok ada 11400 - 12000 = -600 ( 600 topup le dari mana2 duit dulu )
  12. Bank akan kena kan bayaran daripada yg digunakan tu, 12000 x 0.57/100 = rm68sebulan
  13. Rm68 akan terus potong dari akaun semasa td. Kalau takde duit tolong topup
  14. Kadar ini murah. Jangan risau leh cover balik pada hujung tahun
  15. Duit keta n rumah tok dah bayar untuk setahun. so bila dapat gaji tok akan masukkan dalam ASB baget bayar keta n rumah td
  16. Lebih elok masuk lebih sikit
  17. katalah masukkan dalam ASB rm1000, masuk sebelum 7hb setiap bulan
  18. setahun 1000 x 12 = rm12000
  19. Tadi ASB ada rm12k + rm12000 = rm24000
  20. Kalau asb umum dividen 8%, jumlaj dividen lebih kurang, 24000 x 8/100 = rm1920
  21. Tu lebih kurang je sebab tambahan rm12000 tu tak cukup tempoh setahun
  22. Rm1920 masuk akaun semasa balik so leh cover byr rm 68 sebulan td malah akan berkurangan bayaran nyer. sebab kita dah top up duit
  23. sebulan rm68 x 12 = rm816 je, dividen dpt dlam rm1920
  24. Setelah sampai setahun akaun AsB tu...ulang balik langkah 2.
  25. Bayangkan kalau kita buat selama 5 tahun...
Okay tu je...kepada yang keja bank...kalau ada salah tolong lah betulkan.

Monday, February 23, 2009

Install Machine

Kepada sesiapa yang biasa dengan kilang...gambar2 yang di upload ni mungkin bukan perkara yg luar biasa...so apa yang Tok nak kongsi ialah aktiviti memasukkan Machine ke dlm kilang. Kepada belum pernah keja di kilang...ini salah satu xtvt yang amat payah. Machine ini adalah dari Jerman. Oleh kerana terlalu berat terpaksa guna 2 kren. Dah ada 2 kren...tak cukup ruang plak nak parking...terpaksa minta ehsan kilang sebelah. Pinjam tapak nak mendaratkan lori dengan muatan nyer. Xtvt bermula 10 pagi berakhir 10 malam.
Bang berat tak machine tu bang...


Lori dari kilang sebelah..2 kren berada dalam kilang Tok

Melepasi sempadan..ini kalau jatuh...sape mahu bayar..?

Berjaya melepasi sempadan


Machine ini untuk membuat conrod. Apa itu conrod? conrod adalah satu part yang memegang piston di dalam sesebuah enjin kereta. Dalam kes ni..con rod ni untuk keta New SAGA. Satu enjin mengunakan 4 pcs Conrod. Wokay baby...harap dapat sumtin dari paparan ini.



Radio