Bermula dengan Seekor Kala Jengking
Cinta berputik tika dia menyelamatkan seekor kala jengking dari permukaan air. Dihulurkannya ranting kayu mengharapkan kala itu berpaut di situ. Berkali-kali dihulur, tetapi sering kali kala itu membalas dengan cubaan untuk menyengatnya. Tindakannya menimbulkan tanda tanya, lantaran yang memerhati bertanya, ‘mengapakah masih ingin diselamatkan kala jengking itu? bukankah sudah berkali ia cuba menyengatmu?’. Dengan tenang dia menjawabnya “ia (kala jengking itu) berakhlak dengan akhlaknya dan daku berakhlak dengan akhlakku”.
Tersentuh hatiku tika terkenangkan jawapannya. Terdetik di hati, sudahkah daku berakhlak dengan akhlakku?. Benar kala jengking Allah ciptakan dengan sifat semulajadinya menyengat jika dia dalam keadaan bahaya. Atas keterbatasan akal seekor haiwan, tidak bisa membezakan antara bahaya dan bantuan.
Tetapi Allah menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian yang dilengkapkan dengan akal untuk membezakan yang benar dengan yang salah. Manusia yang sebaik-baik kejadiannya adalah manusia yang sembahyang sujud tunduk dan patuh pada Tuhannya hingga mengatakan “Ya Allah, kami dengar dan kami taat”. Jika tidak, maka belum sempurna sifat hakikat kejadiannya.
Apa yang kita dapat daripada kisah ini? Kisah ini adalah petikan dari blog sahabat Tok iaitu Cik Risa. Kisah Kala Jengking dengan akhlak atau sifatnyer dan Manusia dengan akhlak atau sifatnyer tersendiri. Manusia itu sendiri mempunyai pelbagai akhlak, watak dan sifatnya...dan dengan akal yang baik maka dapat pula membedakan antara yang baik dan yang buruk. Itu semua kita sedia maklum.
Mari pulak kita melihatnya dari sudut bersahabat. Bersahabat itu bermakna kita saling lengkap melengkapi. Kerna walaupun kita ada akal namun kita tetap berbeda antara manusia dengan manusia yang lain. Mempunyai kelebihan dan kekurangan yang berbeda. Sebab itu dengan bersahabat kita sering lengkap melengkapi. Kekurangan si A dilengkapi dengan kelebihan si B. Maka tertutuplah kekurangan si A td. Begitulah sebaliknyer. Itu juga yang Islam pertekankan dalam konsep berjemaah.
Oleh itu kawan-kawan semua, jangan kita meruntuhkan persahabatan ini hanya kerna kita tidak mahu lengkap melengkapi. Jangan kita hanya tahu menyalahkan orang yang sedangkan kita tidak pula membetulkannya. Jangan kita menghukum sahabat kita atas kekurangannya sedangkan kita boleh memaafkannya. Jangan kita berburuk sangka dengan sahabat kita sedangkan kita tahu kebenarannya.
Kita semua bukan Si Kala Jengking yg tidak punya akal dan yang tidak tahu baik buruk. Kita semua manusia berakal maka gunakan akal yang baik itu untuk sama-sama menggukuhkan tali persahabatan ini.
No comments:
Post a Comment