Saturday, November 29, 2008

LUPALAH PULAK CELEBRATE APE?

Watie, along(feriz) , mona, sihatnya aku, shida(lipat)..yg hujung tu ana..lapo bebenor.
Dlm class PPN
Hulubalang2 dan dayang2 KING DON & QUEEN IJAH

KENANGAN MANIS

yantie, ija, adik nonie, azu (paruh)..yang last...saya lah tu

One In Million....Hanya Ko Sorang...

Salah satu video yang Zan edit...lagu ni best kalau tahu makna nyer. Lagu yang mengambil masa 3 setengah minit ni mengambil masa selama 4 jam untuk di siapkan. Mengunakan pelakon jepun sepenuhnyer..termasuk Ultraman. Ini video pertma di edit dengan mengunakan canon software video maker. Enjoy....

Friday, November 28, 2008



testing!testing!

Dari kiri Mr Hishamudin, Roslan Auto, Kamal, Azlan, Sharol Izwan and Aizad.

Gambar diambil ketika open house umah kitorg ari tu...

Waduh2 Lolo, tau bangat gue lu pacaran sama Kemal sampai nama anak pun sama sakali sih...Tak dapat Kemal dapat namanya pun jadik yek hi3

Lolo - Apa yang aku buat sekarang....

Assalamualaikum,

Untuk pengetahuan semua, aku skarang nie bekerja dengan syarikat swasta servis transformer. Bukan Transformer yang kartun tue. Kalau ada antara korang yang tau pasal letrik2 nie, mesti korang tau transformer apa yang aku maksudkan....Hahahah~

Bagi sape-sape yang merindui aku (ada ke yang rindu?, hehehe~) bawah nie ada gambar aku dulu dan skarang....Sebab ramai yang dah tak kenal aku, yela kan...dulu muka jambu, sekarang jambu gaks....tapi jambu batu ar....hahaha~....so layankan gambar gua k....

Ni gua skarang....fresh punya untuk tatapan korang, baru je amik baru2 nie masa gua kat airport Bangkok ada keje kat sana....Nasib baik aku sempat balik, kene minggu nie baru nk balik, mampos aku tido kat airport tue....Alhamdulillah~!


Nie lah gambar gua yang dulu!...Ingat lagi tak??.....Lolo!.....Tapi memang aku perasan satu bende yang tak berubah kat aku laa.....Tetap Macho!!!....hahahahah~ (Jangan marah ye~)...

Jadi rajin2 ah bercontact2.....rindu siut zaman muda2 dulu....haaaaaaaa!!

Sesuatu Untuk Ku Hiburkan...Jebat

Pernah hangpa semua terluka di sebabkan di tinggal kekasih? Cuba dengar lagu ni...mana tahu teringat balik kenangan silam...jebat edit video ni dari beberapa siri Final Fantasy...ini pun selepas di cabar oleh bos kat tempat kerja agar buat video klip animasi begini...sekarang bos tu dah tabik spring..wakakaka..padan muka dia...setakat ni video ni kat utube dah di view sebanyak lebih 21000...tak termasuk jebat.....bangga siot.....enjoy..

Thursday, November 27, 2008

jebat datang..........

ha...nilah jebat. apapun terima kasih dtg jmpa yan siap bwk kek gula hangus lg. sedap tau.....
jebat dan keluarga. kat adidas tu hi...hi...hi....

zul panjang(ABM) dan aryanti (PPJ) 17 tahun yg lalu..........


zul panjang (ABM), aryanti (PPJ) skrg dah kembang he...he...he... dan asrul (PPU) sorry la golap hari malam la....



zul panjang ( ABM) dan asrul (PPU)




Tuesday, November 25, 2008

ingat lagi x........




sorry la ek senget skit. asrina, aryanti, cikgu nasir dan shamsinor yg lain x ingat














joessly




wakil sekolah ( bola jaring )










kelas PPJ

kenal mereka x??

kenal lagi x sape yg ada dlm gmbr2 tu..antaranya adalah intan (rashidah-EN), norwati (PPN), ct aminah, julie, lijah (sumenya kelas EN) & noraniza (PPN)

posing sakan

tgklah...suh study tp dok posing2 lak 17 tahun yg lalu...huhuuu...sabor ajelah yek kak zai, ct aminah, dik nonie n kak shi

video rakyat m'sia d baham rimau singapore

hero2 smvj


musykil nie...cmna gmbr2 si shahrol (bob), shahrin, ghani, iskandar, elrinor & salleh nie ada dlm simpanan eliz. kepada hero2 yg ada dlm gmbr tu tolong bagi komen ya...

cuba lihat sape2 yg anda kenal yek...

gmbr kenang2an di SMVJ


to adik nonie, huzaimah n shidah...enjoy with the photo yek..

Monday, November 24, 2008

Apa Khabar???

Salam,

Semoga semua sihat di samping keluarga tersayang. Tumpang seronok tengok gambar2 di rumah Radhuan.

I nak buat promo sikit.... I ada supply Uniform Canggih. So sape2 yang berminat untuk order blhlah .... ttg delivery jgn risau... adik2 I ada dok kat Seremban & K.L. blh arrangelah...

Harga sama mcm kat kedai, bezanyer U all x yah buang masa g kat kedai/shooping mall.

Semua size I ada.... So sape2 yg berminat ....

Salam sayang,
Ana, Ktn.


p/s : sape2 blh tlg x. I nak masukkan pricelist (excel) tp x tau...

Gangster EN, macho lah tu...

Sbb aspuri tak cukup makan nielah org2 yg mencatu...
Leader yg duduk tu...my hubby slim siot

Sebahagian of Integrasi Boy, hanya aku yg bertemu jodoh

Lain apa cerita beb...hehehe

In front of Electronic Lab p/s..slim giler Kamal yek

My hubby Azlan di Makmal Electronic

Nie wajah ku sebelum masuk Avon hehehe

Sport Day - Form 5

Kenangan semasa Form 4 - Dorm C6

Perkara Ajaib Tersembunyi dalam Minda

oleh: Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj

Apakah anda bersetuju jika saya katakan terdapat banyak perkara ajaib tersembunyi di dalam minda?

1) Tenaga ajaib tersembunyi dalam minda
Percaya atau tidak apabila anda sentiasa memikirkan tentang kenyang, anda tidak akan lapar. Buktinya apabila anda menjalani ibadah puasa, anda tidak berfikir pun tentang makan sepanjang hari, tetapi anda tetap mampu melakukan aktiviti-aktiviti kehidupan sebagaimana biasa. Padahal pada hari-hari biasa, awal pagi lagi anda sudah terasa hendak makan.
Demikianlah apabila anda tidak lansung memikirkan tentang penat, anda akan cergas dan bertenaga sepanjang hari.
Sebaliknya apabila anda mula berkata "Aku malaslah hari ini", "Aku boringla hari ni", anda akan benar-benar malas dan boring. Maka jika anda ingin cemerlang dan berjaya, bijak-bijaklah berhubung dengan imaginasi. Imaginasi boleh menjadikan anda apa sahaja. Daripada sini kita boleh simpulkan, "Kita sendirilah yang meminta setiap apa yang berlaku pada diri kita."

2) Berkomunikasi dengan minda ke minda
Apabila anda mengingat seseorang, dan jika ingatan anda itu jujur, ikhlas dan bertanggungjawab, dan tiada sebarang gangguan, anda sebenarnya telah pun menghantar gelombang minda kepada orang itu. Anda mungkin mendapat tindak balas yang menakjubkan.
Jika ingatan anda terhadapnya adalah yang baik-baik, dalam masa yang sama insyaALLAH dia akan mengingat yang baik-baik juga tentang anda. Maka kerana itulah sesekali pada saat-saat tertentu anda terkenangkan seseorang yang telah lama anda tidak temui secara tiba-tiba. Barangkali pada saat itu orang berkenaan sedang memikirkan tentang anda dan gelombang mindanya telah mengembara dan akhirnya sampai kepada anda.
Gelombang yang lemah akan tersasar atau tidak sampai ke matlamat ataupun ghaib begitu sahaja ditelan gelombang-gelombang yang lebih kuat yang sentiasa bersimpang siur. Gelombang minda akan lebih hebat kesannya terhadap mereka yang mempunya jalinan emosi ataupun pertalian darah yang rapat misalnya suami isteri, ibu dan anak, adik beradik kembar dan rakan seiras.

3) Daya magnet dalam fikiran beremosi

Tahukah anda apabila anda membenci seseorang, anda sebenarnya telah pun menarik kebencian orang itu terhadap anda. Fikiran yang beremosi ada daya tarikan bagaikan magnet yang akan menarik sebarang pemikiran yang sealiran.
Sebagaimana gelombang minda tadi, kebencian akan terhasil dalam bentuk gelombang-gelombang negatif yang mengembara dan akhirnya sampai kepada orang yang anda benci itu. Oleh itu, seseorang yang menjadikan imaginasinya sebagai salah satu laluan untuk kejayaan tidak boleh berfikiran negatif. Dia kena berfikiran positif supaya pemikiran yang sama akan dipulangkan kepadanya.

4) Mengawal minda untuk lebih berjaya

Tiada siapapun yang boleh membuatkan anda marah jka anda sendiri tidak ingin marah. Soal emosi yang tersentuh adalah perasaan yang boleh dikawal jika anda mahu mengawalnya. Jika anda memang tidak mahu marah anda tidak akan marah.
Orang boleh menjadi terlalu sedih kerana dia memberi laluan kepada dirinya untuk berasa sedih. Kesedihan yang melampau-lampau pula bermula daripada emosi yang ditarik-tarik, diiya-iyakan, diransang-ransang dan disungguh-sungguhkan, ibarat api yang dicurahkan petrol ke atasnya. Api akan menyambar hebat padahal jika dibiarkan sahaja, lambat laun ia akan padam sendiri. Kejayaan pertama orang yang berjaya ialah dapat mengawal emosinya.

5) Dua pemikiran dalam masa yang sama

Anda mungkin pernah melihat seseorang yang beremosi pada satu masa tetapi pada masa yang sama bercakap seolah-olah tidak menghadapi sebarang masalah dan ingat, orang ini bukanlah seorang pelakon. Seorang ayah memarahi anaknya dengan kemarahan yang beriya-iya tetapi dalam masa yang sama dia menghadiahkan anda senyuman dan mula bercakap lembut dengan anda. Itu tanda permulaan bagi seorang yang dapat mengawal emosinya. Seorang yang ingin menggapai kejayaan melalui imaginasi perlu lebih pandai mengawal emosi.

6) Minda teransang melalui solat dan doa

Solat itu doa dan doa itu perlu dalam proses kehidupan seseorang manusia. Manusia perlu berdoa untuk menjalinkan hubungan yag erat antara dirinya dengan alam ghaib dan yang terpenting dengan PENCIPTA-nya. Realitinya orang yang sentiasa berdoa dan sentiasa menunaikan solat tepat pada waktunya atau lebih baik pada awal waktu akan dapat membentuk dan meningkatkan kekuatan minda melalui fikiran yang lebih terfokus.
Seorang yang berjaya adalah seorang yang tenang dan ketenangan mutlak ataupun kemuncak bagi ketenangan adalah solat. Hakikat ketenangan tidak ada dalam diri seseorang yang ingkar solat atau tidak pernah berdoa.

Sunday, November 23, 2008

rumah mohd radhuan 22.11.08

Ini lah kwn yan dari tadika lagi. senorok sgt dpt jmpa setelah hampir 19 tahun berpisah yg bestnye rupa2nya inilah wife hazly (EN).
ni kwn yan Asmah bukan smvj.

yan dan rusda (ppj).


yan dgn tusinah (ppj) sama kembang he...he...he....



yan dgn asrina (ppj)





yan dgn eliz (ppn)




yan dgn feriz (ppn)






rumah mohd radhuan 22.11.08


seronok nye adik nonie (ppn)

Bagaimana nak mendaftar sebagai AHLI..?


1. Pergi ke http://mail.google.com dan klik di Sign up For Gmail seperti dalam gambar


2. Anda akan di bawa ke sini. Sila penuh kan ruang yang perlu.


3. Dah isi semua. Klik i Accept tu. Selepas tu anda berjaya membuat akaun gmail anda.


4. Klik compose mail


5. Hantar email ke smvj9091@gmail.com


6. Selepas menerima email anda..TOK DALANG akan invite anda.


7. Anda akan menrima dari tok dalang. buka email tersebut dan klik satu link berwarna biru.


8. Setelah anda klik maka anda akan di bawa ke lan begini. Masukkan password dan klik button accept.

TANIAH..anda berjaya menjadi ahli KEHORMAT

>>> BERSAMBUNG <<<<<

Bagaimana nak masukkan data dalam BLOG..?


1. klik SIGN IN

2. SIGn IN..guna akaun yg sama dgn gmail kawan2

3. Jika mahu post sumtin..klik kat NEW POST

4. Sampai ke laman ni..masukkan tajuk n tulis apa yg patut. Kalau nak masukkan kan gambau klik seperti dlm gambau tu

5. ikut arahan seperti gambau kat atas ni


6. Bila dah siap...klik button oren tu


7. Nak tgk kembali sila klik kat view blog mcm dlm gambau tu.


Wokay?..selamat memBLOGkan dirik....

ASSALAMMUALAIKUM


Radio