Wednesday, November 19, 2008

Bagaimana Cara Menjointkan Diri Dalam Blog ini..?

Assalammualaikum...Sorry...baru je baca email Eliz. Eliz minta ditunjukkan cara nak joint BLOG ni..
Sebenarnya den pun tak le pandai sangat tapi boleh lah sket2. Wokay kawan2 kepada yang tak tahu mcm ne joint sila baca tatabahasa...err...tatacara nyer dibawah.
  • Kawan2 seelok eloknyer mempunyai akaun email daripada gmail ( contoh : jebateja@gmail.com ). Kalau nak guna email lain, den tak pasti tapi elok lah pakai gmail senang sket den nak invite. Berapa second je nak buat email ni. Tak caya tanya Yanti tu hah...
  • Selepas kawan2 mempunyai email dari gmail sila emailkan kepada Tok Dalang di smvj9091@gmail.com.
  • Selepas mendapat email kawan2. Tok Dalang akan menghantar sesuatu yang boleh dikatakan surat tawaran, yg mengofferkan kawan2 jadi ahli kehormat. Tawaran itu berbentuk email yang dihantar ke akaun gmail kawan2.
  • Dalam email tersebut kawan2 akan melihat satu link berwarna biru ( kebiasaan ) maka kawan2 dikehendaki klik di link tersebut.
  • Apabila kawan klik je link tersebut...kawan2 akan dibawa ke satu laman ( betul ke ayat ni..laman ke..? ) yang akan tertera email gmail kawan2 dan ada password yg perlu di isi.
  • Password tu kawan2 hendaklah mengunakan sama dengan password gmail kawan2.
  • Apabila itu semua kawan2 dah buat maka kawan2 sudah pun buleh masukkan maklumat or data or apa sahaja yang nak di kongsi dengan klik button biru yg tertulis NEW POST.
  • Nama kawan2 secara automatik akan tersenarai dalam AHLI TERHORMAT. Kawan2 juga boleh edit nama tu untuk guna nama glamer tapi di nasihatkan guna lah nama yang buleh kawan2 lain kenal. Kalau dah rapat n dah kenal nanti...leh le tukau yg glamer.
  • Jika kawan2 nak beredar sila sign out dulu. Takut kalau kawan2 akses di pejabat kecoh plak nanti.
  • Jika lain kali nak masuk...pegi je ke blog ni...sebelah kanan atas ada sign in...masuk dari situ. masuk id gmail kawan2 dan password yang sama dengan email gmail.
  • Kebaikan nyer disini ialah kawan2 boleh berkongsi maklumat bersama kawan2 lain tanpa kawan2 lain bukak email ( sekiranyer guna email ).
  • Untuk pengetahuan, yg jadi Tok Dalang tu boleh membuang aktikel2 yang dirasakan berbau lucah or menganggu kehidupan org lain. Tapi korang semua dah bangka pun...tak kan tak paham2 erk. ahakz
  • Untuk chat kat sebelah tu...kawan2 tak perlu register. Taip je nama apa nak guna...letak email or web or blog ( tak isi pun tak pe..) dan di mesej tu taip le apa nak taip. kalau ada org lain masa tu....dia layan le. Itu di panggil apa erk...alaa...shoutbox kot..panggilan manja nyer SB.
Wokay kawan2..kalau ada sebarang soalan..sila tanya melalui ruang comment yang ada dibawah aktikel ini. Klik situ n komen or tanya lah apa yg patut. Setiap satu aktikel yg di post ke sini...ada ruang commnet nyer sendiri. Jadi kalau tak paham tanya lah....

Okay ini sedikit ilmu yg dapat di kongsi...sape2 yg power bab2 blog ni sila lah kongsi2. Tak rugi kita kongsi2 n belajau sesama sendirik....iyer kot...nak belaja ilmu hitam tak..?...tak kuasa layannnnn...adios..

No comments:

Radio